FORUM 4
Assalamualaikum dan salam sejahtera, ini merupakan forum yang ke 4 iaitu " bagaimana keadaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah di Malaysia." adakah mereka menghadapi stress yang tinggi?? mari kita sama-sama bincangkan permasalahan ini.
mari kita mulakan perbincangan yang saya buka ini dengan melihat daripada aspek negara mengenai isu tekanan pada kanak-kanak di Malaysia ini.
Assalamualaikum. disini saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai kesihatan mental kanak-kanak. seperti yang kita ketahui, kesihatan mental dipengaruhi oleh persekitaran mereka. Ini kerana, persekitaran yang baik akan menyebabkan perkembangan mental seimbang.Namun, sekiranya dikaitkan dengan penyataan anda bahawa kanak- kanak akan mengalami tekanan perasaan kerana faktor ibu bapa dan guru adalah benar kerana kanak-kanak tidak mempunyai daya pemikiran yang seimbang pada tahap prasekolah dan sekolah rendah. oleh itu, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting terhadap penjagaan kanak- kanak supaya mereka tidak mengalami tekanan atau stress pada tahap umur mereka yang masih muda. Ini kerana pada tahap ini, mereka memerlukan bimbingan dalam melakukan sesuatu mereka. Kerana dunia mereka adalah dunia bermain. Oleh itu, kesihatan mental harus dijaga kerana akan mempengaruhi perkembangan kognitif mereka.
ReplyDeleteWaalaikumusalam saudari, terima kasih kerana sudi memberi penerangan mengenai kesihatan mental kanak-kanak pada masa ini.Saya juga bersetuju mengenai pandangan saudari maslah yang bakal dialami oleh kanak-akank sekiranya mereka mengalami tekanan perasaan. Hal yang demikian dapat kita buktikan dalam isu semasa di Malaysia, banayak masalah di paparkan di surat kabar tentang masalah remaja melakukan isu-isu negatif dalam negara ini. Oleh itu amatlah penting kepada semua masyarakat untuk memberi sepenuh perhatian mengenai kecerdasan kesihatan mental kanak-kanak.
Deleteassalamualaikum,pada pendangan saya,kanak-kanak semuda usia prasekolah boleh mengalami kemurungan.Jika kanak-kanak prasekolah anda muncul untuk bergerak melalui serangan rasa tidak puas hati yang melampau, kemurungan prasekolah boleh untuk menyalahkan.Bagi memastikan beliau tidak mengalami penderitaan mental ini lebih lama daripada yang perlu, perhatikanlah penderitaan beliau dan berusaha untuk menentukan sama ada kemurungan adalah pada akar.
ReplyDeleteDi peringkat sekolah rendah pula berbeza dengan keadaan mental kanak-kanak prasekolah.Antaranya ialah,keadaan mental kanak-kanak di peringkat sekolah rendah,kanak-kanak akan menghadapi tekanan mental seperti rasa risau berpisah dengan ibu bapa atau penjaga,terutamanya di sekolah rendah atau mula meninggalkan rumah untuk ke asrama.
kesimpulanya,kanak-kanak prasekolah dan pelajar sekolah rendah hari ini memang menghalami stres yang sangat tinggi dalam hidup mereka.malah,kesihatan dan perkembangan sosioemosi mereka turut terjejas teruk akibat daripada stres tersebut.
Oleh itu,kita sebagai masyarakat perlu memandang serius mengenai hal ini kerana anak-anak ini merupakan generasi yang akan menerajui negara kita pada masa hadapan.
Waalaikumusalam, terima kasih kerana sudi memberikan pandan saudari mengenai tajuk yang saya kemukan ini. Saya amat tertarik mengenai isu yang dikaitkan saudari mengenai masalah kemurungan kanak-kanak prasekolah adalah berpunca daripada akarnya. Seterusnya di peringkat sekolah rendah pula saudari menyatakan bahawa mereka selalunya akan mengalami gangguan mental setelah mereka berasa terpisah dendan ibu bapa mereka. Dua isu yang dikaitkan saudari ini amatlah berkait rapat dengan isu semasa yang berlaku di Malaysia kini. Oleh yang demikian masyakat Malaysia perlu memahami lebih mendalam mengenai isu-isu ste=ress yang dialami olek kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah agar kita dapat membendung masalah ini supaya tidak lebih serius.
Deletesaya ingin berkongsi sedikit pendapat saya berkenaan kesihatan mental kanak-kanak prasekolah di Malaysia, sama ada mereka stress ataupun tidak. Bagi saya, peratusan kanak-kanak prasekolah di Malaysia yang mengalami tekanan teramatlah sedikit. Masalah ini berlaku kepada kanak-kanak tersebut mungkin kerana pembawakan masalah atau keadaan yang negatif dari rumah mereka sendiri. Walaupun mereka sukar untuk memahami situasi konflik keluarga, tetapi emosi ibu bapa sudah cukup memberikan impak negatif yang sangat besar kepada mereka untuk terus tidak ada semangat untuk belajar. Seterusnya, saya sangat yakin bahawa majoriti kanak-kanak pra sekolah di Malaysia tidak mengalami sebarang tekanan kerana kita haru tahu bahawa dunia kanak-kanak adalah BERMAIN. Oleh itu, kebanyakan inilah yang tidak pernah memikirkan apa-apa masalah sebaliknya mereka lebih cenderung dengan apa yang mereka suka dan gemar lakukan
ReplyDeleteTerima kasih diatas perkongsian saudari mengenai masalah stress yang dialami oleh kanak-kanak prasekolah dan sekolah rendah. Saya amatalah bersetuju dengan saudari bahawa Malaysia perlu membuat satu peraturan ataupun bilik terapi bagi kanak-akanak yang mengalami stress supaya mereka dapat meluahkan kepada guru dan seterusnya guru akan menyelesaikan maslah mereka dengan lebih baik.Hal ini kerana ramai guru kini hanya menghukum kanak-kanak yang murung dan beremosi dan bukan bertanya terlebih dahulu mengenai kenapa mereka sedemikian. Oleh itu , pihak bertanggungjawab perlu menambahkan atau prihatin mengenai masalah stress di kalanagan kanak-kanak ini.
Deleteselamat sejahtera saudara fami, kita bertemu di forum ini. Pada pendapat saya, Kanak-kanak merupakan aset Negara yang amat penting. Untuk membesar dengan sihat dan sempurna, keperluan fizikal dan mental kanak-kanak perlu dipenuhi. Sokongan dari ibu bapa akan dapat membantu kanak-kanak mencapai potensi mereka sepenuhnya dan membentuk peribadi anak-anak apabila mereka dewasa. Adalah mudah untuk mengenal pasti keperluan fizikal kanak-kanak berbanding dengan keperluan mental dan juga keperluan emosi. Biasanya, ibu bapa akan menyediakan keperluan – keperluan asas kepada anak-anak mereka seperti makanan sihat, tempat tinggal serta pendidikan yang baik dengan harapan kanak-kanak ini akan membesar dengan sempurna dan berjaya dalam kehidupan. Dalam pada itu, aspek kesihatan mental dan emosi kanak-kanak sering kali tidak diberi perhatian. Kesihatan mental yang baik amat diperlukan untuk menjamin kanak-kanak dapat belajar dengan sempurna, menjalani perkembangan sosial yang baik dan juga dapat mempelajari kemahiran baru.Seandainya keperluan kesihatan mental dan emosi kanak-kanak tidak dipenuhi, ia boleh mengakibatkan masalah mental di kalangan mereka. Ibu bapa perlu mengetahui keperluan asas kesihatan mental anak-anak mereka agar keperluan ini dapat disediakan dengan sempurna bagi membantu kanak-kanak mempertingkatkan daya kecerdasan, harga dan keyakinan diri serta perkembangan emosi yang baik, kanak-kanak perlu didedahkan dengan keadaan persekitaran yang kondusif, bergaul dengan rakan sebaya yang sesuai dan juga bimbingan yang berterusan dari ibu bapa dan guru-guru.
ReplyDeleteSelamat sejahtera saudari Ester, terima kasih kerana sudi lagi berfrum dilam blogger saya ini. Sebagai penambahan daripada penulisan anda , jika kanak-kanak ini menghadapi stres, sememangnya terdapat pelbagai kesan yang boleh kita lihat kepada mereka.Antara gangguan personaliti yang boleh berlaku akibat stres ialah antisosial , murung , sedih dan sebagainya. Stres atau gangguan emosi adalah satu perkara yang amat serius jika berlaku kepada usia persekolahan. Kanak-kanak akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid. Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid Mengikut Terri Mauro (2004), bahawa terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi. Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecenderungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Sekian, terima kasih.
Delete