FORUM 2
Assalamualaikum dan salam sejahtera , bersua kita kembali untuk forum yang kedua iaitu untuk membincangkan mengenai masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.
Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.
Oleh itu, boleh kita mulakan forum kita bagi membincangkan masalah yang timbul sekirannya kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.