Monday, 14 December 2015

FORUM 3

Assalamualaikum dan salam sejahtera kali ini saya akan menyambung forum yang ketiga iaitu berkenaan dengan" kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan"


Image result for EMOSI       Image result for sosial Image result for kecerdasan intelek
Ada banyak perbedaan pendapat tentang apa yang dimaksud dengan kecerdasan emosional. Secara relatif bidang ini dianggap masih baru dalam Psikologi dan masih mencari bentuknya yang lebih mantap. Secara sederhana saya mencoba memahaminya sebagai:
  • kemampuan mengenali emosi diri sendiri
  • kemampuan mengendalikan emosi dan mengambil tindakan yang tepat
  • kemampuan mengenali emosi orang lain
  • kemampuan bertindak dan berinteraksi dengan orang lain
Dengan demikian orang yang cerdas secara emosional adalah orang yang memahami kondisi dirinya, emosi-emosi yang terjadi, serta mengambil tindakan yang tepat. Orang tersebut juga secara sosial mampu mengenali dan berempati terhadap apa yang terjadi pada orang lain dan menanggapinya secara proporsional.


Oleh itu, marilah kita mulakan perbincangan kita kali untuk menghuraikan samaada benar atau tidak pernyataan kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan" .

8 comments:

  1. Assalamualaikum saudara, saya ingin memberi sedikit pandangan. Kecerdasan emosi dan sosial boleh dipelajari, diperkembangkan dan ditingkatkan iaitu daripada pengalaman yang didapati sebelum ini. Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Kecerdasan emosi dan sosial penting dalam setiap individu sama ada terhadap pemimpin, pengurus, pelajar dan sebagainya. Dalam hal yang lain, kecerdasan intelek tidak berupaya dalam membentuk ahklak, moral, rohani dan jasmani yang sebenar, kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Dengan adanya kecerdasan emosi dan sosial seseorang akan mampu menilai kebaikan dan keburukan sesuatu tindakan. Keadaan ini membolehkannya mudah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan adanya disiplin tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari Sal, terima kasih kerana sudi memberikan penerangan mengenai kecedasan emosi di forum saya ini. Dalam pendapat saya, mengenai Semakin banyak seseorang itu menerima pengalaman seperti menguruskan emosinya ketika menghadapi tekanan, maka tahap kecerdasan emosinya dan sosial juga semakin semakin tinggi. Pandangan adalah sangat betul kerana kecerdasan emosi dapat kita kembangkan melalui pengalaman yang kita lalui. Pada penerangan intelek pula memang betul bahawa kecerdasan intelek yang tidak dikawal dengan emosi dan sosial yang pintar, biasanya akan membawa kepada kelakuan yang tidak baik. Oleh yang demikian, kecerdasan emosi adalah lebih penting berbanding kecerdasan intelek dalam duni pekerjaan untuk menghalikan pekerja yang agresif dan positif.

      Delete
  2. Selamat sejahtera saudara, saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai "Kecerdasan emosi dan sosial adalah lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam dunia pekerjaan" . Berdasarkan pengetahuan saya, kecerdasan emosi dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutama lagi dalam dunia pekerjaan. Ini kerana emosi yang tenang, selamat, dan tidak tertekan akan mewujudkan satu sosialisasi yang mana lebih harmoni, bahagia, dan sosial persekitaran yang tenteram. Apabila hal ini berlaku, pekerjaan akan lebih selesa dan kualiti perkerjaan semakin meningkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih diatas pengkongsian saudari mengenai tajuk yang saya kemukan ini. Saya juga bersetuju bahawa pengetahuan saya, kecerdasan emosi dan sosial merupakan aset yang penting dalam semua aspek terutama lagi dalam dunia pekerjaan. Hal ini kerana, dalam dunia pekerjaan emosi memainkan peranan yang sangat penting bagi mengawal segala tekanan yang bakal diterima tidakkiralah di dalam mahupun luar waktu kerja.Dalam isu ini juga pekerja yang beremosi positif akan menghasilkan kemampuan mengenali emosi diri sendiri, kemampuan mengendalikan emosi dan mengambil tindakan yang tepat, kemampuan mengenali emosi orang lain, dan kemampuan bertindak dan berinteraksi dengan orang lain

      Delete
  3. Assalamualaikum saudara. tidak dinafikan bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana Emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Hal ini kerana, Intelek ialah kemampuan daya berfikir, memahami dan menganalisis. Jadi sekiranya pekerja hanya mempunyai Emosi dan sosial yang baik, kemahiran dalam menyelesaikan sesuatu masalah tidak dapat dilakukan dengan baik kerana hanya mempunyai Emosi dan Sosial yang baik. sebagai contoh: seorang pekerja yang mempunyai jawatan yang sama dengan rakan sekerjanya mempunyai emosi dan sosial yang baik. Beliau dapat bergaul dengan rakan kerja yang lain dan dapat mengawal emosi ketika menghadapai sebarang masalah. Namun beliau tidak dapat memikirkan bagaimana supaya beliau boleh mendapatkan jawatan yang lebih tinggi dari rakan sekerjanya. Beliau juga tidak mampu menganalisis dan memahami keadaan sesuatu di tempat kerja menyebabkan beliau hanya mampu menjawat jawatan yang setara dengan rakan sekerjanya. Hal demikian keran beliau hanya menjaga kecerdasan Emosi dan Sosial sahaja. Beliau tidak menjaga kecerdasan Intelek beliau menyebabkan beliau tidak berjaya mendapat jawatan yang lebh tinggi dari rakan kerjanya kerana kurang mahir dalam berfikir, memahami dan menganalisis sesuatu. Oleh itu, Kecerdasan Intelek juga sama pentingnya dengan Kecerdasan Emosi dan Sosial

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari, terima kasih kerana dapat berkongsi penerangan yang lebih mendalam mengenai tajuk forum yang saya kemukakan ini. Saudari mengemukan pendapat yang sama mengenai tajuk yang saya berikan ini bahawa kecerdasan emosi dan sosial sangat penting di alam pekerjaan kerana emosi yang baik dan Sosial yang baik mampu melahirkan seorang pekerja yang berkomitmen, namun Kecerdasan Intelek tidak boleh di abaikan di alam pekerjaan. Selain itu, contoh yang diberikan saudari amatlah menarik yang menyatakan bukti yang kukuh bahawa kecerdasan emosi lebih penting daripada kecerdasan intelek dalam duni pekerjaan ini.

      Delete
  4. assalamualaikum dan selamat pagi saudara fahmi,,saya bersetuju bahawa kecerdasaan emosi dan sosial lebih penting daripada kecerdsaan intelek dalam dunia pekerjaan. Saya berasa kurang setuju dengan pernyataan ini. Hal ini kerana saya berpendapat bahawa kecerdasan intelek amat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang itu terutama ketika individu itu sudah bekerja. Dalam masyarakat hari ini, ramai yang memandang kecerdasan intelek sebagai faktor yang utama dalam menentukan tingginya darjat seseorang itu dan akan dipandang tinggi oleh kawan-kawan mereka kerana memiliki otak yang lebih cerdik. Memiliki otak yang bergeliga bukanlah mudah kerana ia memerlukan individu itu untuk berusaha keras menimba ilmu dan kesannya beliau berupaya untuk menjawat jawatan yang tinggi dalam dunia pekerjaan seperti doktor dan peguam. Selain itu, orang yang mempunyai otak yang cerdas juga dapat membantu mereka untuk mudah mendapat kepercayaan orang di sekitar mereka. Tambahan pula, orang yang cerdik juga lebih bijak dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah yang dihadapi berbanding daripada mereka yang hanya memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. Oleh itu, saya dengan yakinnya berpendapat bahawa kecerdasan intelek merupakan aspek yang lebih penting dalam dunia pekerjaan mutakhir ini berbanding daripada mereka yang memiliki kecerdasan emosi dan sosial sahaja. dengan intelek yang tinggi kita dapat mengetahui tentang maklumat-maklumat terkini supaya kita tidak ketinggalan. tetapi emosi dan sosial juga penting kerana dua aspek ini memainkan peranan dan berkombinasi dengan intelek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat pagi saudari ester, terima kasih kerana sudi mengemukakan pendapat yang bertentangan dengan pandanagan saya.Benar pernyataan yang diperkatan oleh saudari sebentar tadi, tetapi lihat balik kepada aspek dunia pekerjaan yang nyata, kini pelbagai masalah yang timbul dalam dunia pekerjaan seperti pekerja malas, majikan tidak prihatin ataupun masalh timbul disebabkan masalah sosial mereka diluar. Oleh hal yang demikian memang wajarlah kekuatan emosi dalam diri seseorang pekerja sangat penting berbanding intelek kerana intel tidal dapat mengawal emosi yang sangat tertekan namun emosi dapat membantu intelek dalam menangani maslah berkaiatan intelektual. Namun yang demikian saya tidak menyantakan bahawa perkongsian pendapat saudari ini 100% salah, tetapi boleh kita ambil sidikit dalam malash yang dialami dalam dunia pekerjaan ini sebagai tindakkan sampingan sekiranya emosi tidak dapat membantu menyelesaikan masalah.

      Delete