Friday, 27 November 2015

FORUM 2


Assalamualaikum dan salam sejahtera , bersua kita kembali untuk forum yang kedua iaitu untuk membincangkan mengenai masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.


Perapatan merupakan hubungan kasih-sayang yang berpanjangan dan kekal sepanjang hayat seseorang. Ia berfungsi untuk memberi rasa selamat, selesa dan seronok kepada seseorang dalam perhubungannya dengan individu lain. Oleh sebab perapatan awal, iaitu pada zaman kanak-kanak mempengaruhi hubungan emosi individu pada masa akan datang, maka ibu bapa dan guru-guru mesti memahami bagaimana perapatan mempengaruhi pembentukan emosi kanak-kanak.

Image result for PRAPATAN IBU BAPA
Oleh itu, boleh kita mulakan forum kita bagi membincangkan masalah yang timbul sekirannya kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa.

10 comments:

  1. assalamualaikum.
    disini saya ingin mengemukakan pendapat saya bahawa secara umumnya ibu bapa merupakan unit yang bertanggungjawab dalam perkembangan kanak-kanak termasukalah dalam perkembangan sosial,rohani,emosi dan intelek.Masalah yang mungkin dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak mempunyai hubungan perapatan dengan bapa akan menjadi seorang kanak-kanak yang panas baran dan sentiasa menujukkan ketidakpuasan hati mereka. hal ini disebabkan oleh role model seorang bapa yang menujukkan sikap panas baran mereka. ini juga disebabkan oleh tiada pihak yang ingin memeberikan nasihat positif kepada kanak-kanak bahawa setiap perlakuan yang dilakukan oleh mereka adalah sikap yang negatif. kanak-kanak juga mungkina akan menghadapi tekanan hidup yang tinggi. ini disebabkan oleh sikap bapa mereka yang tidak menumpukan perhatian dan peranan mereka sebagai seorang bapa. kanak-kanak yang kurang mendapatkan perhatian bapa mereka akan mengjadapi tekanan emosi secara tidak langsung. mereka akan bersikap cemburu dan iri hati dengan bapa rakan mereka yang sentiasa menerima sepenuh perhatian bapanya.
    nak akan merasa tidak dihargai apabila ibubapa tidak mengambil berat tentang apa yang mereka lakukan samaada di rumah atau di sekolah. Wujud juga pelbagai masalah yang melibatkan masyarakat seperti kes curi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam saudari Fisa, terima kasih kerana sudi mengemukankan pendapat anda. Saya amat bersetuju dengan pandangan saudari yang menyatakan bahawa unit yang bertanggungjawap dalam perkembangan kanak-kanak adalah ibu bapa, hal ini saya dapat buktikan bahawa setiap tingkah laku anak-anak dipengaruhi atau ditiru oleh tingkah laku ibu bapa mereka itu sendiri. Contoh yang diberikan oleh saudari amatlah sesuai kerana sekiranya sikap seorang bapa itu panas baran maka anak mereka juga meniru atau mengalami tekanan yang amat serius keran mereka kurang mendapat kasih sayang seorang bapa. Hubungan perapatan jugalah yng sangat diambil berat sekiranya perkembangan kanak-kanak itu berlaku dalam institusi keluarga.

      Delete
  2. Assalamualaikum saudara, saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.

    Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi. Ini merupakan pandangan daripada saya dan akan yakin bahawa semua masyarakat diluar sana juga akan menyatakan pandangan yang sama seperti saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari Sal, terima kasih kerana sudi mengemukan pandangan saudari di forum kedua saya ini. Saudari Sal telah mengemukan masalah yang bakal berlaku sekiranya hubungan perapatan bersama bapa longgar. Masalah ini juga perlu kita bincangkan sekiranya masalah ini terus berlaku, kanak-kanak yang mengalami kurang pendedahan dalam pengurusan diri akan menjadikan anak tersebut bermasalah pada peringakat umur dewasa kelak. Oleh yang demikian ibu bapa perlu mengambil pekara ini sebagai pekara yang sangat penting dalam mendidik anak dalam peringkat awal kanak-kanak.

      Delete
  3. Assalamualaikum saudara Fahmi. Disni saya ingin memberi sedikit pandangan mengenai topik saudara. Terdapat satu masalah yang menjadi penyebab kepada hubungan perapatan antara anak dan bapa iaitu kesibukan bapa yang bekerja untuk menyara keluarga merupakan penyebabkan hubungan antara anak menjadi renggang. Sebagaimana, anak-anak merasa kurangnya kasih sayang dan tumpuan terhadap mereka dirumah. Masalah inilah terciptanya jurang perapatan antara anak dengan bapa mereka. Tambahan lagi, anak-anak akan mudah terjerumus dengan gejala negatif kerana kurangnya pengawalan daripada bapa sebagai penjaga. Sebagai contohnya, bapa yang pulang dari bekerja biasanya tidak sempat meluangkan waktu bersama anak-anak mereka untuk berbual-bual atas sebab letih. Jelaslah disini, kesibukan membuatkan mereka semakin renggang dan jauh, bahkan malu untuk berkomunikasi walaupun hubungan mereka adalah sebagai anak dengan bapa. Oleh yang demikian, bapa hendaklah memberi keutamaan dan melihat sendiri perkembangan yang sedang dilalui oleh anak mereka kerana hubungan yang baik merupakan perapatan yang membawa kepada impak yang positif terhadap perkembangan kanak-kanak dalam institusi kekeluargaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam saudari Aina, terima kasih diatas contoh yang diberikan saudari mengenai permasalahan yang bakal berlaku sekiranya kanak-kanak mengalami hubungan yang longgar dalam perapatan anak dan juga ibu bapa mereka. Kesibukan bekerja merupakan masalah yang kini hangat diperkatakan, hal ini kerana sibuk bekerja dan terlupa akan tanggungjawap sebagai bapa dalam keluarga akan menyebabkan anak-anak terabai dan mereka akan mendapat kurangnya kasih sayang. Oleh itu, kesan yang bakal dialami kepada anak-anak yang berada dalam situasi ini adalah mereka akan terjebak dengan permasalahan gejala negati ataupun murungkan diri. Seterusnya, bagi mengatasi permasalahan ini betul kata saudari bapa merupakan keutamaan untuk membapa impak yang positif kepada anak supaya dewasa kelak mereka akan menjadi insan yang cemerlang.

      Delete
  4. Assalamualaikum saudara. saya tertarik dengan topik saudara yang berkenaan Hubungan akrab atau rapat terbentuk apabila persekitaran keluarga itu menekankan keselamatan sosial kanak-kanak. Anak yang rapat dengan kedua-dua ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Saya berpendapat begini kerana anak yang mempunyai perapatan dengan ibubapa, saya percaya bahawa itu adalah didikan awal yang didedahkan oleh ketua keluarga sejak mereka kecil. sebagai contoh kita dapat lihat bahawa keluarga yang mempunyai hubungan perapatan, boleh menangani masalah anak dengan baik. Manakala ibubapa yang tidak mempunyai hubungan perapatan itu dengan anak, jelas kita lihat bahawa anak-anak mereka sering takut dan merasa tidak bebas, dan kebanyakannya keluarga yang kurang perapatan ini adalah dari golongan keluarga yang berpangkat.
    Tambahan pula, dengan kurangnya perapatan dengan ibubapa, anak-anak akan mula memberontak, membuat perkara yang mereka suka, lari dari rumah dan sebagainya. Emosi mereka juga terganggu dan ini akan menyebabkan mereka menjadi pendiam, tidak aktif di sekolah, jarang berada di dalam rumah sendiri dan pembelajaran akan tereganggu.
    Oleh itu, saya syorkan bahawa hubungan perapatan antara ibubapa dan anak haruslah dijaga. Keperluan yang sangat penting dalam keluarga ialah kasih sayang antara satu dengan yang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam saudari, terima kasih kerana tertarik tentang forum yang saya bangkitkan ini, amatlah benar bahawa ibubapanya merupakan satu strategi yang boleh mempertimbangan apa sahaja kemahuan anak-anak tersebut ataupun ibubapa yang rapat dengan anak akan membekalkan aspek keselamatan supaya keadaan keluarga mereka sentiasa selamat. Namun untuk mendapatkan situasi yang selamat ibu bapa perlu mempunyai hubungan peratapan yang kukuh bersama anak-anak mereka. Selain itu, kegagalan mengawal emosi yang dihadapi oleh anak-anak juga akan menyebabkan mereka melakukan pelbai pekara yang negati sepertimana contoh yang diberikan saudari tadi.

      Delete
  5. selamat sejahtera saudara fahmi, saya bersetuju dengan pendirian saudara yang menyatakan bahawa perhubungan perapatan dengan bapa amatlah penting kepada anak-anak. Antara masalah yang timbul sekiranya anak tidak rapat dengan bapa termasuklah kurang pendidikan awal. Mereka tidak dapat membuat keputusan yang baik dalam menyelesaikan masalah mereka. Peranan bapa sebagai ketua keluarga untuk mendidik anak dalam menyelesaikan masalah dan mengurus diri sangat penting bagi membiasakan mereka untuk berhadapan dengan dunia luar yang penuh dengan cabaran. Oleh itu, keregangan hubungan antara anak dengan bapa akan menyebabkan anak tidak dapat mengetahui pendedahan awal dalam pengurusan diri dan menyelesaikan masalah mereka.

    Selain itu, hubungan yang renggang antara anak dengan bapa juga akan menyebabkan anak kurang mendapat kasih sayang. Keadaan ini akan membuatkan mereka tertekan terutamanya apabila mereka membandingkan kasih sayang yang mereka dapat daripada mereka sendiri dengan kasih sayang anak-anak lain dengan bapa mereka yang lebih baik. Hal ini membuatkan mereka sedih dan kecewa dengan keadaan yang mereka hadapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera saudari Ester, terima kasih kerana bersetuju diatas tajuk forum yang saya kemukakan ini. Saya juga bersetuju bahawa maslah yang timbul sekiranya hubungan aperapatan gagal dicapai, mereka akan tidak dapat membuat keputusan yang baik dan seterusnya akan mengunakan jalan inisiatif yang kebanyakkan ke arah negatif. Oleh itu, betul kata saudari bahawa bapa seharusnya menjadi ketua dalam ketua keluarga dan menjadi orang yang dapat menyelesaikan maslah anak-anaknya. Kasih sayang yang kurang akan menyebabkan anak-anak mendapat tekanan yang serius. Oleh yang demikian hubungan perapatan merupakan hubungan yang perlu dibina oleh semua institusi keluarga di dunia ini.

      Delete