FORUM 1
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pada kali ini izinkan saya untuk membuka satu forum berkanaan peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Definisi Sosioemosi
Mengikut Daniel Goleman, dalam bukunya Emotional Intelligence (1997), emosi merujuk kepada perasaan dan pemikiran tersendiri di bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak. Jenis-jenis emosi; pendapat Goleman (1997), mengenalpasti 8 jenis emosi ynag utama:
Marah
|
Hairan
|
Sedih
|
Benci
|
Takut
|
Malu
|
Gembira
|
Sayang
|
Rakan sebaya merupakan manusia yang paling rapat dalam lingkungan kanak-kanak ini. oleh itu bagi memulakan forum kita ini adakah benar peranan rakan sebaya dalam mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak?

assalamualaikum dan selamat sejahtera.
ReplyDeletesaya ingin menyatakan pendapat saya bahawa pengaruh rakan sebaya adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak, khasnya dari perkembangan intelek, sahsiah, emosi dan sosial. Misalnya; kanak-kanak bergaul dengan rakan sebaya yang rajin belajar akan mendorong perkembangan intelek dan potensinya ke tahap optimum. Kanak-kanak yang bersosialisasi dengan rakan sebaya yang bersopan santun akan menyerap nilai-nilai murni yang positif daripada mereka.Selain itu, yang dijalankan oleh sekumpulan pengkaji dari Universiti Putra Malaysia pula telah mengenal pasti bahawa faktor rakan sebaya merupakan antara faktor penting yang menyebabkan golongan remaja terjerumus kepada perlakuan salah laku sosial. Rakan sebaya juga dikenal pasti mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan persekitaran. Kajian (Abdullah al-Hadi et al. 2001). Azhar (2006) mengatakan pengaruh rakan sebaya terhadap pembentukan sahsiah pelajar banyak memberi tumpuan terhadap pengaruh yang bersifat negatif, namun hakikat bahawa rakan sebaya sememangnya merupakan golongan yang paling hampir dalam kehidupan remaja sendiri harus diberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam merangka program-program bagi membolehkan rakan sebaya memberi sumbangan yang positif terhadap pembentukan sahsiah dan akhlak di kalangan mereka
Waalaikumusalam, terima kasih diatas pengkongsian mengenai forum saya kali ini. sememangnya saya bersetuju bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang sangat kuat untuk kanak-kanak kini dipengaruhi oleh persekitaran negatif ataupun positif. Oleh yang demikian moleklah saya memberi nasihat untuk menambah pengukuhan saudari sal bahawa ibu bapa merupakan insan yang penting dalam menangani masalah ini. Tanpa penjaga yang teliti habis musnahlah pergaulan anak-anak mereka.
Deleteassalamualaikum saudara Fahmi, izinkan saya memberi pendapat. melalui pandangan saya, rakan sebaya adalah fokus yang penting dalam kehidupan. ia memainkan peranan yang penting dalam pergaulan. Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin.
ReplyDeleteWaalaikumusalam , terima kasih saudari aina kerana sudi mengajukan pandangan di forum ini. Saya bersetuju bahawa memang banyak pengaruh positif yang boleh kita ambil sekiranya rakan sebaya kita memberikan sokongan dan dorongan yang positif kepada kita, seperti mana contoh yang diberikan oleh saudari tadi selain ibu bapa dan guru rakan sebaya juga boleh menjadi medan motivasi kepada kita untuk terus berjaya dalam pembelajaran ataupun kerjaya yang kita harungi ini. Oleh yang demikian kita sebagai insan yang mempunyai akal pemikiran yang waras seeloknya fikirlah terlebih dahulu sebelum memilih kawan untung menjadikan mereka sebagai kawan yang membina semangat kita dan bukannya kawan yang mmenjatuhkan kita.
DeleteAssalamualaikum saudari,
ReplyDeleteIzinkan saya menyatakan pendapat diruang bicara ini. Rakan sebaya banyak mempengaruhi perkembangan kanak-kanak, samaada pengaruh positif ataupun negatif. Biasanya, pengaruh rakan sebaya lebih cenderung kepada kelakuan negatif. Pengaruh negatif seperti vandelisme, merokok, melepak, mencuri dan seumpamanya. Rakan sebaya sangat berpengaruh dalam perkembangan sosial dan emosi kanak. Mereka sentiasa berfikir boleh melakukan apa sahaja tanpa bantuan keluarga. Maka pelbagai masalah akan timbul.
Oleh itu, untuk mengelakkan hal ini berlaku, ibubapa perlu mendedahkan pendidikan awal agama terhadap anak-anak mereka. Dengan adanya didikan agama yang baik, rakan sebaya secara tidak langsung boleh membawa rakan yang lain untuk melakukan perkara-perkara yang baik. Hal ini demikian kerana,pentingnya didikan ilmu agama ini didedahkan lebih awal. Rakan sebaya sepatutnya boleh mendorong rakan yang lain untuk terus berusaha supaya gejala yang tidak baik diabaikan. Tingkah laku yang baik akan membentuk sasiah kana-kanak jika didedahkan sejak mereka kecil.
T
Waalikumusalam, terima kasih kerana sudi memberi pandangan anda dalam forum saya pda kali ini. Saya kurang setuju terhadap pandangan saudari terhadap pengaruh rakan sebaya benyak cenderung kepada nilai yang negatif. Hal ini kerana pada saya pengaruh rakan sebaya merupakan pengaruh yang terbahagi kepada dua eleman iaitu positif dan negatif, sekiranya kita memilih yang positif maka kita juga akan membawa nilai positif tetapi sekira sebaliknya negatif juga nilai yang kita akan bawa. Oleh itu , kita sepatutnya memilih dan memikirkan impak yang bakal berlaku sekiranya kita memilih dengan jalan yang salah. Itulah pandangan saya terhadap pandangan saudari tadi.
Deleteselamat sejahtera saudara fahmi. izikan saya memberi pendapat. melalui pandangan saya, rakan sebaya adalah fokus yang penting dalam kehidupan. ia memainkan peranan yang penting dalam pergaulan. Antara peranan-peranan rakan sebaya ialah mereka boleh menjadi kawan kerana mereka boleh memberi pengaruh yang positif atau kebaikan antara satu sama lain. Mereka juga kadang kala boleh menjadi lawan kepada kita kerana mereka mampu mempengaruhi kita dalam bentuk yang negatif atau kejahatan. Rakan sebaya yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang baik akan terlibat dalam aktiviti kokurikulum dan aktiviti meningkatkan kemahiran diri manakala rakan sebaya daripada kalangan pelajar-pelajar yang bermasalah akan memberi kesan yang sama kepada rakan-rakan yang lain. Ini kerana rakan sebaya yang negatif mempengaruhi rakan yang lain untuk bertingkah laku bertentangan dengan tuntutan agama dan norma-norma masyarakat. Nilai-nilai murni yang ditanam dalam kalangan pelajar sejak kecil lagi mungkin tidak mempunyai kesan yang banyak terhadap pengaruh tingkah laku sekiranya pelajar berkenaan tidak berupaya menolak pengaruh rakan sebaya. Keupayaan untuk menolak pengaruh rakan sebaya adalah satu kemahiran penting yang perlu diperolehi oleh remaja agar remaja berkenaan boleh berperilaku sejajar dengan nilai yang dianutinya.Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya juga adalah orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita mencapai kejayaan akademik. Hal ini demikian, mereka ini mempunyai tahap pemikiran yang sama dengan kita. Jadi, jika mereka memahami sesuatu, mereka boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah. Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan sistem sokongan kepada kita. Namun, kita perlu berhati-hati, kerana tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita dan pastinya akan ada yang cuba menarik kita ke arah kegagalan walaupun itu bukan niat mereka sebenarnya. Mereka juga turut menyumbang kepada berlakunya masalah gejala sosial terutamanya kepada pelajar-pelajar yag tercicir dalam pelajaran dan mengalami masalah keluarga. Ini adalah fakta yag mengatakan bahawa pengaruh rakan sebaya memang antara punca utama yang boleh membuatkan pelajar bersikap kurang ajar, nakal dan jahat tetapi juga berpotensi untuk ponteng sekolah yang mana pelajar akan mengalami masalah kemerosotan disiplin
ReplyDeleteSelamat sejahtera juga kepada saudari Ester, terima kasih kerana sudi memberi pandangan saudari kepada forum pertama saya ini. Saya sangat bersetuju dengan pandangan saudari terhadap pengaruh rakan sebaya ini, kerana sememangnya betul pergaulan merupakan elemen yang sangat penting yang boleh mempengaruhi sikap dan pergaulan mereka. Rakan sebaya juga merupakan rakan yang boleh dirujuk sekiranya kita mengalami masalah dalam sesetengah matapelajaran atau kemahiran, mereka juga boleh dijadikan pakar motivasi sekiranya kita mengalami tekanan atau permasalahan. Oleh yang demikian memang wajarlah kita perlu memilih rakan sebaya yang positif supaya dapat kita menjadikan mereka tempat untuk kita terus maju kedepan dan bukan yang inginkan kita jatuh terus ke bawah.
ReplyDelete